Friday, January 29, 2010

Persaudaraan












Islam gariskan
hak dan ciri-ciri
persaudaraan
tanggung jawab
bersama yang perlu
dilaksanakan
setiap muslim.

Bermanis muka
ucapkan salam
gembirakan hati saudaranya
beramah mesra
tanya khabar.

Bersangka baik
terhadap saudaranya
jangan fikir negatif
maupun juga sangka buruk.

Maafkan kesilapan
saudaranya
berusaha beri teguran
nasihat cara berhemah.

Sering doakan
kesejahteraan
sekali pun berjauhan
sentiasa utamakan
saudara se Islam
dalam pelbagai perkara.

Beri bantuan tenaga
bila diperlukan
tidak dedahkan keburukkan
mengumpat keaiban sesama saudara
ungkit kebaikkan dilakukan.

Bantu saudara seagama
dalam kehidupan
saperti bersedekah
tidak bahil
bila minta
bantuan kewangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails