Wednesday, February 24, 2010

Air Tulen

KENAPA KITA PERLUKAN AIR TULEN [H2O]


Manusia adalah organisma yang berasaskan air .Kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung pada kesihatan kita.Kira-kira 70% daripada badan kita terdiri daripada H2O.Air memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan,terutamanya untuk aktiviti : Detoksifikasi,melincinkan sendi-sendi,menyekong sistem penghadaman,mengawal suhu badan,menghantar nutrient dan oksigen ke sel-sel badan. Hanya apabila diri kita sihat barulah kita dapat kehidupan yang sempurna dan menjayakan diri kita untuk membantu orang lain.

Kandungan air dalam struktur badan manusia terdiri dibahagian Otak 80% - Ia berperanan menghantar dan menyusunatur isyarat saraf yang berkaitan dengan aktiviti saperti percakapan,pergerakan,fikiran dan emosi , di bahagian Jantung 75% .Dengan adanya air degupan mampu menghantar darah ke paru-paru dan bahagian badan yang lain.Air di Paru Paru 86% ia berperanan membekalkan oksigen kepada badan dan menyingkirkan bahan buangan karban diosida,Hati 86%,Buah Pinggang 83%,Otot 75% dan Darah 90%.Air merupakan sistem pengangkutan badan kita melalui darah ia mampu membawa nutrient dan oksigen ke tisu-tisu.

Minum air tulen adalah penting kerana jika ianya bukan air tulen ,jumlah yang anda minum sepanjang 70 tahun jangka hayat anda akan mengumpul antara 200 ke 300 paun [ lebih kurang 130 kilogram] bahan tertimbun. Sebahagian daripada 200 ke 300 paun batu ini akan kekal didalam badan dan akan menyebabkan kekejangan sendi,pengerasan saluran darah,batu buah pinggang,batu hempedu dan penyumbatan saluran darah.

Buah pinggang kita menapis 120 botol darah setiap hari. Hampir 1 juta penduduk di seluruh dunia mengalami kegagalan buah pinggang yang mungkin akibat terminum air yang tercemar.

Pesakit yang menghidap kerosakan buah pinggang tidak boleh mengeluarkan sisa buangan dan air yang berlebihan dari badannya.Oleh itu mereka terpaksa menjalani rawatan dialisis yang dilakukan antara 3 hingga 4 jam setiap kali dan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.Ia merupakan rawatan seumur hidup kecuali pesakit mampu mendapatkan pemindahan buah pinggang.Kos yang perlu disediakan untuk rawatan ini antara RM1,950 hingga RM3,250 sebulan.

Kini terdapat pulohan ribu pesakit menjalani dialysis di Malaysia dab bilangan pesakit buah pinggang meningkat lebih kurang 3,000 orang setiap tahun.

Air unsur penting untuk kehidupan kita namun begitu kebanyakkan sumber air di negara kita sekarang termasuk dari sungai,tasik,empangan dan mata air semakin dicemari oleh bahan-bahan kimia berbahaya.Melalui loji-loji rawatan klorin ditambah kedalam air untuk membunuh mikroorganisma dan bacteria tetapi ia tidak berupaya menyingkirkan semua bahan pencemar.

Pada sistem pengedaran, penghakisan paip lama dan projek pembinaan terus mencemarkan air dengan mikroorganisma,sistem,plumbum,asbestos dan tembaga,serta bahan pencemar air yang lain.Air paip,adakah kita sedang meminum AIR TERCEMAR tanpa disedari? Air yang tercemar bukan sentiasa kelihatan keruh.Malah,banyak bahan pencemar menyelinap kedalam air yang kelihatan jernih.

4 Jenis Bahan Pencemar Biasa Dalam Air:

Bahan Pencemar Biologikal – Bakteria,Virus,Parasit dll.

Menurut Bank Dunia 88% daripada semua penyakit di dunia berpunca daripada air minuman yang tidak selamat,sanitasi yang tidak mencukupi serta kebersihan yang tidak cekap.Setiap tahun masalah yang berkaitan dengan air bertanggungjawab atas 4 bilion kes cirit birit yang menyebabkan kematian terhadap lebih daripada 6 juta orang kanak-kanak.Air yang tidak bersih mengakibatkan 1.5 juta kes hepatitis A dan 133 juta kes cacing usus [ laporan CNN,Dis 2007].

Bahan Pencemar Kimia Organik – Racun Perosak,Racun Rumpai,Bahan Kimia Perindustrian dll.

Menurut `` Earth Day Network’’ 14 juta penduduk AS kini secara purata minum air yang dicemari oleh racun rumpai karsinogenik – [ Laporan CNN,Dis 2007].

Peningkatan jumlah kematian akibat kanser mungkin sebahagiannya berpunca daripada racun perosak,baja dan sisa perindustrian yang semakin banyak terlepas kedalam bekalan air kita – [ Reader’s Digest ].

Bahan Pencemar Bukan Organik – Plumbum,Nitrat,Arsenik,Asbestos,Debu,Mendapan Dll.

Arsenik adalah beracun kepada semua sel hidup dan akan menyebabkan kanser paru-paru,hati,buah pinggang dan pundi kencing yang membawa maut dikalangan manusia – [ Persatuan Mikrobiologi Umum,melalui Eurek Alert].

Paras nitrat yang tinggi menyebabkan `` Sindrom Bayi Biru’’ yang mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen – [US EPA]

Plumbum berbahaya kepada perkembangan otak janin,kanak-kanak dan wanita hamil,manakala menimbulkan masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi bagi golongan dewasa. – [ US EPA]

Produk Sampingan Disinfeksi – Trihalometana [THMs],Kloroform Dll.

Satu kajian terhadap hampir 400,000 bayi membuktikan bahawa bahan kimia yang terbentuk semasa pengklorinan berkait rapat dengan kejadian kecacatan semasa lahir – [ The Daily Mail Online, 3/6/2008]. Risiko kanser di kalangan orang yang minum air berklorin adalah 93% lebih tinggi daripada golongan yang minum air tanpa klorin – [ US Council of Environment Quality ].

Bahan-bahan pencemar yang biasa ini hanyalah sebahagian kecil daripada jumlah sebenar yang terlepas ke dalam air kita setiap hari.

Ancaman !!! Pendedahan pencemar air minuman global melalui ubat-ubatan. Kajian membuktikan walaupun dengan jumlah perubatan yang kecil dalam air dapat meningkatkan pembiakan sel kanser,merencatkan pertumbuhan semula sel ginjal dan menyebabkan keradangan sel darah – laporan AP 9/3/2008 dan 11/9/2008.

`` Ikan jantan yang terdedah kepada air tercemar mempunyai sifat kebetinaan dan meghasilkan proten kuning,suatu proses yang biasanya berlaku pada ikan betina sahaja’’.

`` Para saintis dapat mengaitkan pembuangan ubat-ubatan dengan kuman tahan antibiotik yang amat berbisa serta mutasi genetik yang mungkin menyebabkan kanser’’.

Bagaimana ubat-ubatan meresap ke dalam air minuman kita?

1] Penggunaan Ubat-ubatan : Banyak ubat-ubatan berakhir dalam tandas kerana tidak dapat dimetabolismekan oleh badan atau dibuangkan secara sengaja.

2] Industri Penjagaan Kesihatan : Setiap tahun,hospital dan kemudahan penjagaan jangka panjang di AS membuang kira-kira 113.4 juta kilogram ubat-ubatan yang tidak digunakan serta bahan bungkusan tercemar.Kebanyakkannya disalurkan ke dalam longkang.

3] Loji Rawatan Air Kumbahan : Ia direka untuk menyingkirkan mikrob dan pathogen yang menyebabkan penyakit dari air,bukan bahan farmaseutikal.

4] Air Permukaan : Lebih daripada 100 bahan farmaseutikal yang berbeza telah dikesan di kesan di tasik,sungai,empangan dan anak sungai di seluruh dunia seperti Asia,Australia,Kanada dan Eropah. Malah di tasik-tasik di Swiss dan Lautan Utara.

5] Loji Rawatan Air Minuman : Biasanya tidak dapat menyingkirkan semua bahan farmaseutikal. Menurut AP, penambahan klorin meningkatkan keracunan sesetengah bahan farmaseutikal.

6] Air Minuman : Menurut AP,terdapat 56 bahan farmaseutikal atau produk sampingan dijumpai di dalam air minuman yang telah dirawat.

Adakah kita sedang memusnahkan Buah Pinggang Kita?

Buah Pinggang - Darah + Kotoran = Proses > Air Kencing.

Penapis Air - Air Yang Di Tapis = Proses > Air Kotor Dibuang.

Lebih daripada 1,700 liter darah ditapis melalui buah pinggang kita setiap hari. Pengambilan air yang berkualiti rendah boleh membebankan buah pinggang kita yang mungkin mengakibatkan Penyakit Buah Pinggang,Kanser Pundi Hempedu,Batu Karang Buah Pinggang dan sebagainya. Untuk membantu mencegah masalah buah pinggang,kita memerlukan sebuah sistem penulenan air yang menghasilkan H2O sempurna sahaja.

Hari ini memiliki sebuah Sistem Penulenan Air bukan lagi satu kemewahan,ia suatu keperluan!

`` Beberapa masalah kesihatan yang melanda Asia Tenggara dikaitkan dengan kemerosotan kualiti air minuman dan kos penjagaan kesihatan yang melambung merupakan desakan utama pemasangan sistem rawatan air di rumah’’ - Frost & Sullivan Research Analyst Sundhar Parthasarathy,2007.

Mengapakah air sempurna ialah H2O sahaja? – Air yang dikurniakan oleh alam adalah bebas daripada

· Bahan Pencemar

· Mineral

Proses Osmosis Songsang [R.O]

· Ialah cara yang paling efektif untuk menyingkirkan bahan pencemar air

· Menghasilkan air tulen dan sempurna – H2O sempurna sahaja.

ELKEN BIO PURE H2O Sempurna Sahaja

Ia merupakan sistem penulenan air yang sempurna,paling canggih dan berpaten yang menyingkirkan hamper semua jenis bahan pencemar termasuk yang ditinggalkan oleh sistem lain – untuk H2O sempurna sahaja.

Yang pertama di rantau ini yang menggabungkan pelbagai teknologi terbaik ke dalam satu sistem tunggal yang sempurna:-

1] Osmosis Songsang [R.O]

2] Karbon Teraktif Berbutir Organik

3] Teknologi Penapisan Zarah Halus

4] Bio Seramik

Sistem Penulenan R.O. 5 peringkat untuk air sempurna: H2O sempurna sahaja.

1] Penapis Prasedimen – menyingkirkan partikel kecil sehalus 5 mikron untuk melanjutkan jangka hayat penapis dan membrane.

2] Penapis Sedimen [ Teknologi Penapisan Zarah Halus] – Menapis partikel bahan pencemar sekenil 1 mikron.

3] Prapenapis Karbon Teraktif Berbutir Organik – Menyinkirkan klorin,produk sampingan klorin [ saperti THMs] dan hamper kesemua jenis bahan kimia organic termasuk racun perosak dan racun rumpai.

4] Membran R.O. – Liang saiz yang sehalus 0.0001 mikron dapat menyingkirkan bahan pencemar yang tertinggal termasuk bacteria,virus,bahan pencemar bukan organic berbahaya,logam berat dan ubat-ubatan.

5] Pascapenapis Karbon Teraktif Berbutir Organik – Mengenyahkan baud an memperenakkan rasa air.

Air Bilasan membantu :

· Menyingkirkan bahan pencemar dari permukaan membrane R.O. untuk memanjangkan tempoh hayatnya.

· Memastikan membran R.O. sentiasa mencapai prestasi penulenan yang optimum.

· Mencegah pencemaran semula.

Melalui sistem penulenan R.O.ini air yang terhasil ialah H2O sempurna sahaja.

Osmosis Songsang Rahsia Untuk H2O Sempurna. Menyingkirkan bahan pencemar sekecil 0.0001 mikron [500,000 kali lebih halus daripada diameter sehelai rambut].Digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk loji penulenan air laut saperti di Singapura,Okinawa Jepun,Timur Tengah,AS,Eropah dan Taiwan.Untuk pusat hemodialisis,industry air botol,industri makanan dan minuman serta pengilang cip mikro.

Membran R.O. Bio Pure KEN menggunakan membran pelbagai lapisan yang diperbuat daripada bahan poliamida berkualiti tinggi dalam rekaan lilitan pilin dengan liang saiz berkesan berukuran 0.0001 mikron.

Karbon teraktif berbutir organik mengurangkan bahan kimia organik,rasa dan bau busuk.Karbon ini berfungsi sebagai magnet molekular dengan jutaan liang-liang halus yang memerangkap bahan pencemar.Kawasan permukaan karbon yang lebih besar dapat memerangkap lebih banyak bahan pencemar.Menapis sehingga 9,463 liter air [atau tahan selama satu tahun,mana yang lebih dahulu].

Tidak seperti kebanyakkan karbon berdasarkan batu arang lain yang melarut resap logam berat atau bahan pencemar lain. 500,000m2 kawasan permukaan karban lebih kurang 100 padang bola sepak jumlah kawasan yang menakjubkan untuk memerangkap dan menahan bahan pencemar.

Bio Seramik untuk meningkatkan daya penyerapan air

Hidrogen + Oksigen : sebelum - gugusan molekul air yang besar. Selepas – terurai menjadi gugusan molekul yang lebih kecil.

Memancarkan sinar inframerah jauh untuk :-

· Air bertenaga yang tulen

· Meningkatkan detoksifikasi

· Mempercepat penghantaran nutrient

· Meningkatkan metabolism sel badan

Rangkaian servis dan sokongan terbesar di rantau Asia Tenggara.Setiap unit sistem Bio Pure KEN disokong oleh rangkaian perkhidmatan Elken yang komprehensif. Lebih 150 orang juruteknik yang professional.Lebih 150 kenderaan perkhidmatan.Alat-alat ganti dijamin 100 peratus asli.

Satu-satunya jenama dengan penganugerahan diperakui bertaraf antarabangsa untuk kualiti,reputasi dan inovasinya.Antaranya mohor emas WQA,jenama dipercayai ``Reader’s Digest 2008”,pemegang pingat Ekspo Ciptaan Antarabangsa ke 36 Geneva,bahan buatan bergred makanan ABS pematuhan FDA,ahli WQA,sijil ISO 9001:2000,KEN 1 dapat persijilan SIRIM,KEN 2 sijil SIRIM,KEN 3 sijil SIRIM,KEN 2 dan KEN 3 dapat pengiktirafan tanda keselamatan PSB.

Satu-satunya jenama yang dipercayai yang berasaskan teknologi R.O. dapat menyingkirkan hampir semua pencemar air termasuk ubat-ubatan.

Satu-satunya sistem di Asia dengan mohor emas WQA:-

· Mohor emas WQA merupakan jaminan dimana sesuatu sistem /komponen/alat tambahan rawatan air telah memenuhi atau melepasi taraf industri dari segi – pengurangan bahan pencemar,kesempurnaan struktur dan keselamatan bahan.

· Hingga hari ini hanya terdapat 3 syarikat di seluruh dunia yang mendapat persijilan mohor emas S-300.

Pengesahan kualiti oleh pakar-pakar antarabangsa

`` The Colorado School of Mines yang mempunyai kemudahan sepenuhnya di Arizona dan California,menjalani kajian bebas dan mendapati bahawa sistem penulenan Osmosis Songsang menyingkirkan ubat-ubatan yang diuji’’, Joseph Harrison,Pengarah Teknikal Persatuan Kualiti Air [WQA],Pakar Air Bertauliah VI [peringkat tertinggi].

`` Dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri rawatan air,saya mendapati bahawa sistem berasaskan R.O. adalah terbaik.Dengan proses penulenan R.O. 5 peringkatnya saya percaya bahawa tiada sistem penulenan air yang standing dengan Bio Pure KEN – ia merupakan pelaburan yang tepat dan asas kesihatan yang uggul’’, Michael R.Long,Ahli Pasukan Petugas Standard dan Peraturan Antarabangsa WQA,Pakar Air Bertauliah VI [peringkat tertinggi],Perunding Pemakanan Bertauliah,Pengarang dan Penceramah Peringkat Antarabangsa.

Pengakuan kualiti oleh pihak berautoriti dan media

Unit rawatan Osmosis Songsang dapat menyingkirkan lebih banyak jenis bahan pencemar berbanding sistem yang lain.Ia boleh menyingkirkan nitrat,natrium,bahan bukan organik terlarut berserta kompaun organik yang lain – Environmental Protection Agency.

Satu teknologi,Osmosis Songsang,dapat menyingkirkan hampir semua bahan pencemar farmaseutikal – Laporan Associated Press,Mac 2008.

Lebih daripada 1,000,000 orang menikmati H2O sempurna setiap hari melalui sistem penulenan air R.O. Bio Pure yang dapat menjamin kesihatan dan kesejahteraan keluarga.Bio Pure permulaan terbaik yang anda dapat bekalkan kepada keluarga anda setiap hari.

Adakah Bio Pure KEN membazirkan air? TIDAK!!! Ia hanya menggunakan air yang 90% kurang daripada yang biasa digunakan untuk mengepam tandas dalam keluarga biasa.

Teknologi Pembersihan – Membran Auto Eksklusif:-

· Menyingkirkan bahan pencemar dari permukaan membrane R.O. secara automatic semasa penghasilan air.

· Melanjutkan jangka hayat membrane R.O.

· Memastikan membrane R.O. sentiasa bersih dan mencapai prestasi penulenan yang optimum.

· Menggunakan air yang minima [ air bilasan:36L sehari untuk empat orang sekeluarga].

Perbandingan antara pelbagai metode rawatan air dalam pasaran.

Bio Pure KEN – air mengalir melalui sistem penulenan air R.O. 5 peringkat mampu menyingkirkan sepenuhnya bahan pencemar biologikal [ bakteria,parasit & virus],bahan pencemar organik [ dioksin,racun rumpai & racun perosak],bahan pencemar bukan organik [ kotoran & mendapan,asbestos],pepejal terlarut TDS [ kalsium,fluoride,magnesium,fosforus,kalium,sulfat dan natrium],logam berat termasuk jenis terlarut [ arsenik,nitrat,nitrit,barium,kadmium,kromium,tembaga,plumbum dan selenium],ion radioaktif [radium] produk sampinan disinfeksi [klorin dan trihalometana].

Bagi produk yang menggunakan sistem penyulingan – air dipanaskan sehingga titik didihan dan wap yang terhasil akan memeluwap gagal menyingkirkan klorin,trihalometana,dioksin,racun rumpai dan racun perosak. Mesin rawatan air berion alkali – air beralkali dihasilkan oleh satu penjana air eletronik gagal menyingkirkan bahan pencemar biologikal,bahan pencemar organik,bahan pencemar bukan organik,pepejal terlarut,logam berat,ion radioaktif dan produk sampingan disinfeksi.

Mesin yang menggunakan penapis bongkah karbon –air dialirkan melalui suatu penapis karbon tertekan hanya mampu menyingkirkan dioksin,racun rumpai, racun perosak,kotoran & mendapan,klorin,trihalometana dan sebahagian parasit.

Bagi mesin yang menggunakan sistem cahaya ultraungu dimana air didedahkan pada cahaya ultraungu dan yang guna sistem ozon iaitu air didedahkan pada sejenis agen pengoksidaan kuat yang merupakan sejenis produk disinfeksi hanya mampu menyingkirkan bakteria,parasit dan virus. Untuk mesin rawatan pendidihan dimana air di didih selama 5 minit hanya mampu menyingkirkan bakteria dan virus.

Perlukah mineral dalam air minuman? TIDAK - ingat: mineral merupakan sebahagian daripada keperluan pemakanan kita. AIR BUKAN SEJENIS NUTRISI! Hampir semua mineral dalam air paip berjenis bukan organik [ batu-batuan terlarut/batu] maka ia tidak mudah dihuraikan oleh sistem badan kita. Biarpun mineral dalam air adalah organic,namun kita tidak akan memperolehi mineral yang cukup dengan hanya meminum air.Mineral yang diperlukan oleh badan kebanyakkannya diperolehi melalui makanan,bukan air minuman [ jurnal perubatan amerika].

Seseorang yang minum 2 pain [1.1 liter] air tidak tulen sehari selama 70 tahun,sudah terambil 200-300 paun mineral bukan organik yang tidak dapat digunakan oleh badan. Sebahagian daripadanya akan tertinggal dalam badan,mungkin menyebabkan:-

· Kekejangan sendi

· Pengerasan dan penyumbatan saluran darah

· Pembentukan batu karang dalam hempedu dan buah pinggang

[ `` Water Can Undermine Your Health’’, - Dr.Norman W.Walker].

`` Tiada kaedah penulenan dapar secara pilihannya membenarkan mineral `baik’ untuk melepasinya.Air yang mengandungi mineral juga bermaksud ia mungkin mengandungi jenis bahan pencemar yang lain. Air seperti yang ditakrifkan,hanyalah H2O.’’ - Michael R.Long,Pakar Air Bertauliah VI.

Adakah air R.O. berasid?

``Minum air R.O. yang rendah pH tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pH badan seseorang kerana pH perut seseorang yang sihat biasanya kurang daripada 2.’’ – www.wqa.org.

Air R.O. > perut pH 2 > perut pH 2 > Tiada kesan terhadap badan.

``Apabila air R.O. terdedah kepada karbon dioksida [CO2] di dalam udara sekeliling, CO2 akan mula terlarut ke dalam air.Ini menjadikan air R.O. sedikit berasid.

Air R.O. [pH7] > Air R.O. + CO2 [ pH 6.5 – 6.8 ] < style="mso-spacerun:yes"> = selamat untuk diminum

Menurut pakar kesihatan,meminum air R.O. bermanfaat kepada pesakit yang menderita penyakit tekanan darah tinggi,penyakit sendi dan penyakit buah pinggang.

Ciri-ciri lain Bio Pure KEN :-

Jaminan tiada pencemaran semula

a] Reka bentuk penapis berpaten – bertapak di dalam satu rangka yang unik. Menjamin keunggulan kualiti dan memudahkan penyelenggaraan. Penyambung dan tiub yang tahan lasak – diperbuat daripada bahan bergred makanan dan tahan hakis.

b] Tangki air – bahan buatan bergred makanan ABS mematuhi syarat-syarat FDA. Penutup yang kedap udara mencegah kemasukan bahan pencemar.

c] Nilai hebat – H2O sempurna sepanjang tahun hanya dengan kos serendah beberapa sen seliter.

d] Teknologi pengawalan paras air ``pintar’’ berpaten – mengekalkan paras air optimum secara automatik sepanjang masa. Mencegah limpahan.

e] Pam berpaten – menyeleras tekanan air untuk memastikan pengaliran air secara tekal,walaupun ketika tekanan air rendah.

f] Ciri bermelodi - memaparkan pemilihan suhu air dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.

SELAMAT MENIKMATI AIR TULEN [H2O] DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN DEMI KESIHATAN & KESEJAHTERAAN ANDA SEKELUARGA.

Related Posts with Thumbnails