Friday, January 29, 2010

Perpaduan

Surah Al Imran Ayat 103 : 3

Maksudnya : Dan berpeganglah kamu semua dengan tali [agama] Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu,lalu Allah menyatukan diantara hati-hati kamu,lalu dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan tanda-tanda kebesarannya kepadamu,agar kamu mendapat pertunjuk.

Islam agama perpaduan. Perpaduan dan persaudaraan dalam Islam merupakan satu tuntutan agama yang wajib dihayati oleh setiap individu muslim.Melalui perpaduan,umat Islam akan menjadi umat yang kuat,digeruni,maju dan cemerlang dalam segenap kehidupan.Sebaliknya perpecahan akan mengundang kelemahan dan kehinaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya `` TIDAK BERIMAN SESEORANG KAMU SEHINGGALAH DIA MENGASIHI BAGI SAUDARANYA APA YANG DIA KASIHI BAGI DIRINYA SENDIRI’’.

HADIS ini menujukkan bahawa perpaduan Islam yang berdasarkan aqidah dan keimanan dapat mengikat hati,walaupun berbeza kulit,bahasa,bangsa dan negara.Umat Islam hendaklah saling bekerjasama,tolong menolong dan bantu membantu tanpa mengira keturunan atau bangsa.

Contohnya sebelum Islam Kaum AOUS dan KHARAJ saling berperang beratus tahun lamanya. Setelah memeluk Islam mereka bersaudara dan saling menyayangi.Mereka dikenali dengan nama ANSAR.Melihat suasana kemesraan mereka,orang yahudi irihati lalu menghantar seorang lelaki yahudi untuk menghasut mereka dengan mengungkit-ungkit cerita permusuhan silam antara Aous dan Kharaj.

Yahudi ini berjaya menyuntik jarum perseteruan sehingga menyebabkan kaum Aous dan Kharaj hampir-hampir kembali berperang.Bila berita ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. baginda segera pergi mententeramkan keadaan.Akhirnya kedua-dua kaum ini insaf dan saling bermaaf-maafan.

Perpaduan dalam Islam juga tidak terhad sesama Islam sahaja,bahkan mereka hendaklah menjalin hubungan baik dengan bukan Islam yang hidup disekitar mereka.

Firman Allah : Surah Al Khujarat ayat 13:49 maksudnya : WAHAI MANUSIA SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARIPADA SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENALI.

Berdasarkan ayat diatas,kita mesti membina dan memelihara hubungan persaudaraan dan perpaduan sesama Islam dan bukan Islam untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Contohnya Rasulullah S.A.W. sendiri bersama para sahabat menjalin hubungan baik dengan orang bukan Islam untuk sama-sama mempertahankan keamanan Kota Madinah daripada ancaman musuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails