Friday, January 29, 2010

Sejarah

Sejarah manusia
banyak menyaksikan
peperangan
berpunca
pertelingkahan agama,bangsa dan kuasa
akibatnya
berlaku kehilangan nyawa
kemusnahan harta benda.
Negara terjerumus
kekancah peperangan
tidak dapat membina kemajuan
menyediakan prasarana pendidikan
kekuatan ekonomi
dibina sekian lama hancur
memerlukan masa
memulihkannya.
Iraq, Palestin ,Afghanistan dan Pakistan
rakyatnya derita kerana perang.
Negara aman
rakyatnya hidup selesa
pembangunan dapat diberi tumpuan
ekonomi kukuh proses pendidikan lancer
susana aman memudahkan perkembangan dakwah
semua rakyat wajib pelihara keamanan
supaya negara di hormati

Antara Malaikat dan Manusia

Malaikat
Tiada lelaki atau perempuan
tidak berkahwin
tidak berketurunan
tidak makan minum
tidak tidur
tidak dapat dikesan pancaindera manusia
sentiasa beribadat
mentaati Allah Subhana Watala
tidak melakukan maksiat

Manusia
ada lelaki perempuan
berkahwin dan berketurunan
mesti makan minum
tidur dan jaga
dapat dilihat dengan pancaindera
ada manusia yang beriman kepada Allah
ada manusia yang kufor dan melakukan maksiat.

Perpaduan

Surah Al Imran Ayat 103 : 3

Maksudnya : Dan berpeganglah kamu semua dengan tali [agama] Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh-musuhan semasa jahiliah dahulu,lalu Allah menyatukan diantara hati-hati kamu,lalu dengan nikmat Allah itu kamu menjadi orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan tanda-tanda kebesarannya kepadamu,agar kamu mendapat pertunjuk.

Islam agama perpaduan. Perpaduan dan persaudaraan dalam Islam merupakan satu tuntutan agama yang wajib dihayati oleh setiap individu muslim.Melalui perpaduan,umat Islam akan menjadi umat yang kuat,digeruni,maju dan cemerlang dalam segenap kehidupan.Sebaliknya perpecahan akan mengundang kelemahan dan kehinaan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya `` TIDAK BERIMAN SESEORANG KAMU SEHINGGALAH DIA MENGASIHI BAGI SAUDARANYA APA YANG DIA KASIHI BAGI DIRINYA SENDIRI’’.

HADIS ini menujukkan bahawa perpaduan Islam yang berdasarkan aqidah dan keimanan dapat mengikat hati,walaupun berbeza kulit,bahasa,bangsa dan negara.Umat Islam hendaklah saling bekerjasama,tolong menolong dan bantu membantu tanpa mengira keturunan atau bangsa.

Contohnya sebelum Islam Kaum AOUS dan KHARAJ saling berperang beratus tahun lamanya. Setelah memeluk Islam mereka bersaudara dan saling menyayangi.Mereka dikenali dengan nama ANSAR.Melihat suasana kemesraan mereka,orang yahudi irihati lalu menghantar seorang lelaki yahudi untuk menghasut mereka dengan mengungkit-ungkit cerita permusuhan silam antara Aous dan Kharaj.

Yahudi ini berjaya menyuntik jarum perseteruan sehingga menyebabkan kaum Aous dan Kharaj hampir-hampir kembali berperang.Bila berita ini sampai kepada Rasulullah S.A.W. baginda segera pergi mententeramkan keadaan.Akhirnya kedua-dua kaum ini insaf dan saling bermaaf-maafan.

Perpaduan dalam Islam juga tidak terhad sesama Islam sahaja,bahkan mereka hendaklah menjalin hubungan baik dengan bukan Islam yang hidup disekitar mereka.

Firman Allah : Surah Al Khujarat ayat 13:49 maksudnya : WAHAI MANUSIA SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARIPADA SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA-BANGSA DAN BERSUKU-SUKU SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENALI.

Berdasarkan ayat diatas,kita mesti membina dan memelihara hubungan persaudaraan dan perpaduan sesama Islam dan bukan Islam untuk mencapai kesejahteraan dan keharmonian hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Contohnya Rasulullah S.A.W. sendiri bersama para sahabat menjalin hubungan baik dengan orang bukan Islam untuk sama-sama mempertahankan keamanan Kota Madinah daripada ancaman musuh.

Persaudaraan












Islam gariskan
hak dan ciri-ciri
persaudaraan
tanggung jawab
bersama yang perlu
dilaksanakan
setiap muslim.

Bermanis muka
ucapkan salam
gembirakan hati saudaranya
beramah mesra
tanya khabar.

Bersangka baik
terhadap saudaranya
jangan fikir negatif
maupun juga sangka buruk.

Maafkan kesilapan
saudaranya
berusaha beri teguran
nasihat cara berhemah.

Sering doakan
kesejahteraan
sekali pun berjauhan
sentiasa utamakan
saudara se Islam
dalam pelbagai perkara.

Beri bantuan tenaga
bila diperlukan
tidak dedahkan keburukkan
mengumpat keaiban sesama saudara
ungkit kebaikkan dilakukan.

Bantu saudara seagama
dalam kehidupan
saperti bersedekah
tidak bahil
bila minta
bantuan kewangan.

Bukti

Antara
tanda tanda
membuktikan
kekuasaan Nya
kebijaksanaan Nya
kejadian
langit dan bumi
perbezaan bahasa
dan warna kulit.
Sesungguhnya
ia mengandungi
keterangan
bagi orang
berpengetahuan.

Labah-labah









Sejenis makhluk
hidup di bumi
berusaha
sungguh sungguh
cari rezeki.

Rezekinya
rumah perangkap
yang dibina
dari sejenis
bahan dibadannya.

Rumah labah-labah
rapoh
mudah rosak
tidak tahan lama
tidak dapat
lindungi
keselamatan diri
sebarang bahaya.

Allah
jadikan iktibar
untuk manusia
jika mentadbir
urusan dunia
tidak ikut
syariat Nya
saperti sarang
labah-labah
rapoh dan mudah binasa.

Berusahalah
sungguh-sungguh
jalankan syariat Allah
di muka bumi ini.

Allah
mengetahui
dan melihat
segala amalan kita
yang bakal
ditayangkan
kembali
di akhirat nanti

Kuasa

Mereka
umat Islam
jika diberikan
kekuasaan
memerintah
di bumi
nescaya mereka
mendirikan solat
dan memberi zakat

Dan mereka
menyuruh berbuat
kebaikkan
melarang
melakukan kejahatan
perbuatan mungkar
dan ingatlah
bagi Allah
jua kesudahan
segala urusan.

Related Posts with Thumbnails